Saturday, February 27, 2010

- A.I.N - SELAMAT HARI JADI

Sebenarnya semenjak semalam aku asyik teringatkan adikku yang sorang nie,..semalam hari jadi ain,..makin bertambah umur,..makin banyak pengalaman yang semestinya ain dah lalui...tapi sebagai kakak,..aku masih tertanya- tanya dimana letak nya aku di hati ain?. sebagai kakak?..sebagai insan yang berkongsi suka, duka dan gembira ain?...gagal kah aku?..gagal sebagai seorang kakak?..gagal sebagai insan yang sewajarnya menjadi antara insan penting dalam hidup ain?..kenapa Allah tu kurniakan hanya seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan pada ku?..kenapa tidak 3,4,5,6,.....kenapa hanya 2?.SUPAYA..aku dapat membahagikan kasih sayang ku SELAYAK ..dan SEBANYAKnya hanya kepada 2 orang adik,..agar mereka mendapat lebih kasih dan sayang ku .

Sukarkah bagi ain mengetahui dan memahami bahawa aku kakak nya,...kakak yang sangat-sangat mengambil berat akan dirinya,...selalu diusik kesedihan dan kebimbangan ku sebagai kakak kepadanya?..sejak semalam aku tak dapat nak call ain,..tak dapat wish birthday untuk ain,..tak dapat berkongsi hari yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis bagi ain (dapat wish call dari alongnya yang jauh,..tanya ingatan dan sayang ku pada ain)...dan hari nie kotak kepalaku hanya memikirkan ain,..ain,..ain,...tahu kah ain hakikat itu..? sepatutnya hari nie aku lebih tertumpu pada exam yang bakal aku duduki malam karang,..tapi mata ku di bait-baik ayat tulisan buku,..hakikatnya fikiran ku,..perasaan ku,..pada ain,..memikirkan ain,..ain,..ain,..

Hari-hari kecil kami,..kami banyak berkongsi,..berkongsi segalanya,..masih aku ingat saat aku jatuh basikal,..kerana takut dimarahkan mama,..balik je ke rumah,..terus aku masuk bilik air,..menahan sakit dan menangis dalam bilik air,..ain datang masuk ke bilik air dengan sebotol minyak,..dan menyapu pada luka kaki ku,...sempat ku bisikkan pada ain "AIN ,...JANGAN BAGI TAHU MAMA TAU"...walaupun akhirnya mama tahu,..

Mungkin jarak yang memisahkan kami,..aku akui meningkat hari-hari dewasa  kami semakin jauh,..terpisah kerana jarak,..ain bersekolah asrama semenjak tingkatan 3,..terus ke teknik balik pulau,..dan seterusnya uitm melaka,..tapi adakah jarak ini menjarakan hati kami?..

Mana adik ku yang dulu?..ain yang dulu,..yang dapat aku rasakan kasih sayang nya,..? kasih sayang seorang adik?..mana ain yang dulu aku kenali,..sangat cerewet,..sangat manja,..sangat memahami ku?..telah berulang kali aku berpesan,.."AIN,..AIN MASIH ADA ALONG,..ALONG KAKAK AIN,..JANGAN BAGI ALONG SUSAH HATI"...tapi adakah kata-kata ku hanya sekadar sepinggir lalu ke cuping telinga ain,...tidak langsung meninggalkan kesan di hati,..tidak langsung melekat di kepala ain?.. Kalau lah ain tahu,.yang tika dan saat ini air mata ku mengalir selajunya jari-jariku yang menaip setiap bait ayat yang sedang ku taip,..untuk blog ku ini?..

Walau apa pun,..aku tetap kak longnya,..satu-satunya kak long nya,..yang SANGAT-SANGAT MENYAYANGI dan MENGAMBIL BERAT akan dirinya,...tanpa mengira jarak atau waktu,...untuk ain; kak long DOAKAN yang TERBAIK untuk AIN,..MOGA PANJANG UMUR,..BAHAGIA dan SENTIASA diLINDUNGI NYA...SELAMAT HARI JADI,...


ain 26 tahun yang lepas



Apa itu Cinta...?

Bertuahnya mereka yang memperolehi cinta sejati,...cinta yang kekal abadi,..cinta yang menjadi penawar duka dihati,...cinta yang amat-amat bererti,.cinta yang menjadikan aku lebih berhati - hati...adakah aku telah menjumpai cinta abadi?.... cinta yang dibawa mati...penyambung kehidupan hakiki,...?

Wednesday, February 24, 2010

BaTriSyiA Turn To 6 - HAppy Birthday SAyAng



Today NUR Batrisyia turn to 6 years old,..as a mother i really feel so LUCKY to have batrisyia as my daughter,..ShE SoOo sWeeT, InTElEGENt,  HApPY TO LiSeN 0n WhaT ShE TrYiNg T0 Said  (macam makcik2 bercerita)..kelahiran tisyia memang sesuatu yang amat2 ditunggu dalam famly (maklumlah ibu dia anak sulung,..then angah dgn acu tak kawin lagi...) so that masa start tahu aku pregnent sampai lah beli barang baby, urut2 kaki aku yang semakin sembab,..perut yang semakin membesar,..semua famly member was so excited...tisyia memang anak yang sangat pintar,..cara dia berfikir macam orang dewasa (mungkin sebab dia dikelilingi dengan orang2 dewasa dalam rumah) selalu jugak kami berkongsi cerita,..bla,..bla,..bla,..


Kadang2 aku rasa tisyia lebih dari seorang anak,..macam sahabat yang SaNgaT RaPaT,..yang SaNgAt MeMaHaMi,..kami berkongsi banyak perkara bersama,..lega jugak bila kepala yang sarat dgn masalah atau benda yang tah apa2 nie dikongsi dgn tisyia,..kadang2 feedback dia membuat aku terfikir betapa bodohnya aku tidak berfikiran seperti tisyia,..dia sangat cool dgn perkara yang remeh temeh,.."alah ibu,...buat apa nak pikir2 sangat,..nanti ibu sakit,..sakit kepala,..kakak kena picit,..tak yah pikir lah ibu"...hahahhaa,..lawak jugak,..but betul apa yang tisyia cakap,..buat apa nak serabutkan kepala,...pikir +ve dan benda yang happy2 jek,..tisyia sangat cerdik,..ada beberapa persamaan antara aku dengan tisyia,..kami memang tak suka sepah2,..suka colour pink,..suka makanan yang sama, suka membebel,..emm,..suka benda2 yg wangi,..suka melawa,..heee but ada jugak a few things yang kami tak sama,..(mungkin ikut ayah dia)...dia sangat suka tengok cerita hantu,..dan,...berani dengan benda2 yang mencabar, ...suka buat aku rasa nak tercabut jantung,..(tak macam aku yang sedikit pengecut)


Hari nie tisyia dah eNaM tahun,..tahun depan dah start sekolah,..eem,...rasa macam baru je aku lahirkan dia,...semua perkara berkaitan tisyia buat aku sangat HaPpY dan rasa BeRTuAH ada anak macam tisyia,..dia faham yang ibunya jauh,..tak penah merungut,..cuma bila agak2 dah dua minggu tak jumpa dia,..tisyia akan demam,..itu yg aku notice,..tapi dia tak de merungut,..kadang2 sedih bila fikirkan dia,..sebab anak sepintar dan secerdik tisyia sangat memahami keadaan ibu dia,..dia PeNgUAT,..dia PeNgHiBuR hati ku,..DiA SaTu2 NyA BuaH HaTI kU,..PEnGaRanG jaNtUnG kU,..Dia YaNg satu NUrBATRISYIA,..


Doa ibu,..moga tisyia akan kekal menjadi anak yang Kuat SeMaNgaT,..CerIA,..PinTAr dan solehah,..AMIN... kalau lah tisyia tahu betapa IBU SANGAT SAYANG KAN TISYIA, tisyia akan terfikir betapa bertuah jugak tisyia memiliki IbU..yang BaNgGa MeMiLiKi NURBATRISYIA,... IbU SaYaNG TiSYiA,..SaNGaT2 SaYaNG,..Dari kejauhan ini ibu titipkan ucapan :

'SeLaMaT hArI lAhiR aNaKu,....'




NurBatRisYia 1st Day



semakin cantik + cerdik

Monday, February 22, 2010

TABAH kah aku?.

Mampukah ?


aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya kepada ALLAH dan Rasulullah? Hartanya diperjuangkan kejalan Fisabilillah, Penawar hati kekasih ALLAH, Susah dan senang rela bersama. Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah? Isteri Rasulullah yang bijak, Pendorong di kesusahan dan penderitaan, Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir airmataku tatkala melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, taat dengan Abuyanya yang sentiasa berjuang, Tiada memiliki harta dunia, Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga. Ketika aku dilanda amarah, Ingin sekali aku intip serpihan sabar, Dari catatan hidup Siti Sarah. Tabahkah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail?, Mengendong bayinya yang masih merah, 
Mencari air penghilang dahaga dipanas terik mentari, 


Ditinggal suami akur tanpa bantah, Pengharapannya hanya pada ALLAH, Itulah wanita bernama Siti Hajar. Mampukah aku menjadi wanita Solehah?? Mati dalam keunggulan iman?? Bersinar harum tersebar, Bagai wanginya pusara Mashitah



Tidak perlu impikan teman secantik Balqis... Andai diri tidak sehebat Sulaiman.. Mengapa impikan teman setampan Yusuf... Jika kasih tak setulus Zulaikha.. Tidak perlu mimpikan teman seteguh Ibrahim... Andai diri tak sekuat Siti Hajar.. Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah... Jika diri tak sesempurna Rasulullah




Mampukah aku?..

Friday, February 19, 2010



Rasanya semenjak dua menjak nie masa ku sedikit tidak terurus ,..jadi kali nie aku mencari-cara cara yang berkesan untuk dikongsi bersama agar kita sama-sama akan dapat menguruskan masa dengan baik,....




“Berkat bukan hanya ada pada harta dan wang ringgit. Tetapi MASA juga ada berkatnya. Masa yang berkat ialah, masa yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.”



1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.
2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. 
3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.


*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.
4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”


Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
5. Sentiasa bawa buku bersama 
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.


“Salah satu tanda Allah sudah tidak pedulikan kita ialah apabila masa kita tidak diisikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat.”




Akhirnya....

Akhirnya cuti seminggu nie akan berakhir,..cepat sangat rasanya,...tapi tak mengapa,..setiap hari aku benar2 menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang,..mama,..adik-adik,..dan tisyia ..walaupun rasanya agak penat jugak tapi berbaloi-baloi,..lepas nie tumpuan hanya pada kuliah dan assignment,..tak lama lama lagi nak finall so hope sangat pointer aku akan meningkat,...walaupun rasanya semester lepas semangat aku lebih tinggi berbanding semester ini..

Sunday, February 14, 2010

Andai dia milik ku,...

ya Allah,..andai dia milik ku yang telah ditentukan Mu,..satukan jiwa kami, dekatkan hati kami, permudahkan jalan kami..agar  kami saling memiliki cinta  yang abadi..AMIN

Wednesday, February 10, 2010

kelahiran semula

Aku create blog nie disebabkan mata yang tak boleh menatap lena,..semalam aku tidak mendapat nikmat tidur,..so dari aku mengelamun memandang kipas dalam rumah comel ku nie,..baik aku lakukan sesuatu yang dapat mengembirakan hati ku,...menjelang pagi baru aku terfikir untuk memulakan blog yang baru..sempena kehidupan ku yang baru,..azam yang baru, tekad yang baru dan semangat baru di samping insan tersayang,..

Hari ni aku berazam dengan sebulat dan setekad hati untuk menjadi yang terbaik dan lebih baik dari dulu,..setiap hari sewajarnya kita berazam menjadi lebih baik dari semalam...Aku perlu menjadi yang terbaik untuk mama, ayah, terutamanya Tisyia ,..Aku ingin rasa bangga bertapa di hati mereka,..mempunyai aku, diri ku, jiwa ku,..dan bangga mendapat kasih sayag ku..

Aku perlu lebih kuat dan tabah dengan dorongan insan - insan tersayang,..mama,..ayah,..adik-adik,.. N Tisyia,..,..
 Tq so much,..and i just want u to know that
I really love u all






Permata hati ku, penguat jiwa ku...