Friday, April 30, 2010

exam


Its The DAy To FiGhTTTTTT !!

Tuesday, April 27, 2010

KeSaBaraN Yang TerUs DiUji...

Emm,...sebenarnya hari nie aku betul2 bahagian,..happy ,..gembira,..sebab hari nie kami ( Aku, Huda + Cik Ikin) akan berkumpul,..dan berjumpa balik setelah bertahun2 tak jumpa,...dari rumah terpaksa tahan cab dalam keadaan hujan tanpa payung pun,..huuu,...setibanya kat sogo,..kami terus makan2 + borak2 + gelak2...dan semua kenangan2 masa belajar kat poli terungkai satu persatu,..kelakar jugak bila kenangkan masa2 kami di POLISAS dulu,...masih segar satu persatu detik dan saat2 tu,..petang tu,..aku dikelilingi sahabat2 yang aku sayang,...bahagia sangat rasanya,..amat2 bahagia... 


bila menjelang malam,..mood aku tiba2 berubah,...entah apa terjadi,..masalah besar apa pun aku sendiri masih kabur,..perlu ke kisah2 lama disingkap satu persatu?..perlukah kita menilai seseorang berdasarkan masa lampau dia yang kita sendiri tak tahu arah punca?..perlukah semua kisah2 sedih diingat2 kembali,...


Sepanjang hidup nie,..rasanya dah terlalu banyak yang aku tempuh,...susah payah,..suka duka, pahit jerih, gagal dan berjaya dalam hidup,..(walaupun sebenarnya aku masih menuju dan mendaki kejayaan sendiri) tapi bagi aku ,..aku tetap berjaya,..berjaya dalam hidup tak bermakna semua benda yang kita buat kita akan tempuhi kejayaan,..mungkin ada kelebihan kita yang tak de pada insan lain,..itu bagi aku dah dikira kejayaan,...


Memang aku akui kesilapan,..setiap manusia ada kelemahan dan kesilapan,..(sebab kita bukannya TuHan yang sempurna sifatnya) tapi perlu kah kemaafan dipinta berpuluh kali2?,...dari kemaafan yang ikhlas dari hati,...bertukar menjadi satu paksaan dalam diri sendiri,,,


Entahlah,..adakah aku seorang yang sukar difahami?..perlukah aku melutut, merayu untuk dikasihi,..dikasihani,..dicintai dan difahami?...erghhh makin berat rasanya otak nie berfikir,.mencari punca dan silap sendiri,..kadang2 terasa sangat2 berputus asa,...bagi ku,..jika kita menyintai dan menyayangi insan lain,..tak perlu kita hemburkan kata2 yang boleh melukai hari insan yang kita cintai,..


Dalam sesuatu hubungan kita perlu memahami pasangan kita,..ada sebab musabab sesuatu tindakan yang dibuat,..bukannya meletakkan kesalahan 100 % pada mereka yang tersilap langkah,...bahagiakah aku?..yang aku tahu,..aku cukup2 sayangkan hubungn ni,..benar2 menyayangi + mencintai dia,...tapi adakah dia benar2 memahami apa yang aku rasai?...apa yang sedang aku hadapi?..kenapa selalu diuji begini,..kadang2 terasa kecewa yang teramat,...apa yang perlu aku lakukan?..


Ya allah,..jika dia ditakdirkan untuk ku,...kau dekatkan lah hati kami,..simpulkanlah kasih dan cinta kami,..agar utuh dan sentiasa teguh ..AMIN
Tetapi,..jika kami ditemukan bukan untuk bersatu...aku redha + pasrah,... 

Thursday, April 22, 2010

PETUA MENDIDIK ANAK PINTAR


Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
P.s : Ibu Sentiasa Sayangkan Tisyia,..Walaupun berpuluh kali tisyia akan tanyakan soalan yang sama ..."IBU SAYANG KAKAK TAK?" dan jawapan yang ibu akan berikan "SEMEMANGNYA IBU SAYANGKAN TISYIA..."

Wednesday, April 21, 2010

CinTa ...

Apalah ErtinYa Kedukaan InSan LAin YAng Kita Beri HAsil DAri KegembIraan Kita?..
mengapa masih ada lagi manusia yang tidak senang melihat insan lain bahagia sedangkan dirinya sendiri telah mengecapai dan beroleh kebahagian itu,...dalam dunia nie ada banyak spesis manusia,..ada yang nampak baiikk,..tapi sebenarnya di belakang kita dia lah pembuat angkara,...belajarlah bersyukur dan redha dengan apa yang telah diberikan Allah pada kita,...jangan lah kita sentiasa mengotorkan hati dengan perasaan hasad dengki,...

Ada cinta yang tak perlu dipaksa,..ianya akan datang sendiri tanpa dipinta
Ada cinta yang perlukan pengorbanan,..yang kadang kala membuatkan kita sedikit tewas dalam mengejarnya
Ada cinta yang yang diperolehi melalui penderitaan orang lain,...
Ada cinta yang menggunakan paksaan ,...

Apa pun nilai cinta seseorang itu,...bergantung pada niat dan kesungguhan nya
bagi ku cinta itu ..hanya milik DIA...yang cuba utuk aku lupakan,..makin lama aku berusaha makin sakit jiwa dan perasaan ku,....andainya dia mengerti hati ku tika ini....

kesungguhannya...
kesanggupannya..
pengorbanannya...
tidak putus asanya,..
kasih sayangnya...
kesetiaanya,..

yang menjadi penguat dan semangat ku
moga kita sama2 kuat dan tabah mengharunginya...

Tuesday, April 20, 2010

PerSoNAliti Ibu Bapa CeMerLang


Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.
Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi). Pepatah Melayu juga pernah menyebut : “Bapa borek anak rintik“. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul“.
Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak.
Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja.
Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan.
Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya“.
Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya.
Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga.
Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan.
Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif.
Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga.
Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan.
Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak.
Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci.
Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut.
Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan.
Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika
Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan.
Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa.
Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan.

Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga.
Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman.
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati.
Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga.
Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.
Selamat Mencuba!


Anak adalah anugerah Allah S.w.t..
ibu bapa lah yang perlu mencorakkannya....

Sunday, April 18, 2010

Memastikan jin keluar dari tubuh




Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Ayatul Kursi




Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
Catatan:
1. Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak 3 atau 7 kali.

2. Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.
Sumber: Darussyifa : Tuan Guru Dato Dr. Harun Din

Saturday, April 17, 2010

Sihirrrr


(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
Riwayat al Bukhari.
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:

“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”. Riwayat al Bukhari.

Friday, April 16, 2010

Jenis jenis Penyakit Hati

Kekikiran dan hasad merupakan penyakit yang menyebabkan orang membenci apa-apa yang bermanfaat bagi dirinya dan menyukai apa-apa yang mudharat bagi dirinya. Hasad ini berkaitan erat dengan dendam dan kemarahan. Adapun penyakit yang berkaitan dengan syahwat dan penyakit rindu yang mendalam merupakan perasaan cinta yang merusak dan membahayakan jiwa itu sendiri karena akan menutupi rasa benci dan cinta yang bermanfaat pada jiwa itu sendiri.

Kerinduan dan cinta yang berlebihan ini merupakan jenis penyakit kejiwaan dan akan menimbulkan dampak negatif bagi badan atau lahiriah seseorang jika semakin kuat, seperti akan menimbulkan gangguan pada otak, hilang akal, stress, lemah badan, kurus kering, epilepsi, dan penyakit lain yang sejenis.

Sumber kecintaan jiwa itu berkaitan dengan sesuatu yang mendalam di dalam hatinya, sebagaimana halnya penyakit badan yang disebabkan oleh keinginan atau nafsu terhadap sesuatu yang dapat merusak tubuh. Jika sesuatu itu tidak dimakannya akan timbullah rasa sakit, begitu juga akan bertambah parah jika tidak dimakan. Demikian halnya dengan orang yang mengalami kerinduan yang mendalam. Hal itu akan merusak hubungannya dengan orang yang dirindukannya, seperti tidak puas jika belum melihat, menyentuh, serta mendengarkannya. Akibat lebih jauhnya adalah akan terlintas hal negatif dalam benaknya akibat kecintaan yang sangat karena nafsu serta menghayalkan yang bukan-bukan atas sesuatu yang menjadi keinginannya. Jika ada yang merintangi niatnya, dia akan sakit, namun jika apa yang diinginkannya diberikan, penyakitnya akan bertambah parah. Di dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda,

"Sesunguhnya Allah memelihara hambanya dari kesenangan dunia sebagaimana salah seorang di antara kamu mencegah makanan dan minuman bagi (keluarganya) yang sakit. " (Hadits Dhaif)

Di dalam munajat Musa yang ma-tsur dari Wahab yang diriwayatkan Imam Ahmad di dalam Kitab as-Subdi, Allah berfirman di dalam hadits Qudsi,

"Sesungguhnya Aku membekali para wali-Ku dari kenikmatan dunia dan peristirahatannya sebagaimana pengembala membekali serta sangat memperhatikan untanya dari tempat rerumputan yang berbahaya. Sesungguhnya Aku menjauhkan tempat dan penghidupannya sebagaimana pengembala yang menyayangi untanya dari kelengahan. "

Tidak ada penyembuhan atas suatu penyakit kecuali dengan memahami penyakit itu dengan jalan menghilangkan rasa cinta yang merusak dari dalam hati.


Jauhi Dari Memiliki Hati yang HITAM,....

Thursday, April 15, 2010

Masa Yg MusTajAb UntUk BERDOA

Selamat Berjuang pada Adik2 SekaLIan,..Mari Kita Sama2 BerJuang Dan Berperang Dgn Exam,...Untuk Diri Sendiri Dan MerekA yang SeangKAtan... Kat Sini Kat SharE SikiT IlmU Yang SediKit baGai SEcuBit GAram Nie,..Untuk KegUNaan Kita BersamA2,..






Dimasa sekarang kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat juga. Doa adalah senjata bagi seorang muslim. Dengan doalah juga hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih dekat sebagai seorang hamba yang bertakwa.

Semasa berdoa anda hendaklah menjaga adab-adab tertentu supaya doa anda akan lebih diberkati. Didalam anda berdoa ada tempat-tempat dan masa-masa tertentu yang mustajab untuk anda berdoa. Di antara masa-masa mustajabnya doa adalah:
• Ketika hendak memulakan solat dan setelah selesai menunaikan solat.
• Waktu di antara azan dan iqamah.
• Ketika sujud dalam solat.
• Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir
(waktu sahur).
• Ketika iktidal akhir dalam solat.
• Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
• Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua
dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit
fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
• Semasa bulan Ramadhan dan Lailatul-Qadar.
• Ketika hujan turun.
• Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
• Di waktu malam.
• Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
:) Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua. Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan doa kepada Allah agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita di dunia dan akhirat. Ambillah peluang untuk berdoa di masa-masa yang mustajabnya doa ini. Salam kejayaan kepada sahabat-sahabat semua..Daaaaaa

Wednesday, April 14, 2010

BaGaImaNa UnTuk Kita MeLUpaKan?..

UnTuk DiriKu Dan Insan2 Yang  inGin MELUPAKAN....





Menag Sukar UntuK kIta BELAJAR melupakan seseorang,...nak-nak bila dah bertahun2 BercinTa + Berkongsi SUKA + DUKA,...Tapi Kadang Kala Kita Perlu Belajar Untuk Melupak,.Memang MEmeritkaN + mENYAkitkan + sUKAR,..tAPI hIDUP HArus diteruskan,...


Nie Tip Untuk MeluPAkan Seseoarang,.. tentang cara-cara nak lupakan seseorangni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.
1)   Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe
2)   Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..
3)   Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.
4)   Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. 
5)   Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi k..
Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang diceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan..“Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan  tu good luck ye..:)

Tuesday, April 13, 2010

JurNEy

K.L - UUM



Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Hard Day,...A Lot Of ThIngs To Settle...At The EnD,..SYuKur,...EveRythinG Setteled...AlHAmdUlILLAh...

Monday, April 12, 2010

ERTI DI SEBALIK KESETIAAN ...




Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…

Sunday, April 11, 2010

Laraaaa....



UUM - PEnanG _ K.L




Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Saturday, April 10, 2010

Dalam Kelalaian ku mencari bahagia dan menghadapi dugaan mu,....




Dalam Kelalaian ku mencari bahagia dan menghadapi dugaan mu,....
Mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.
Wahai Tuhanku,
Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.
Wahai Tuhanku,
Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.
Wahai Tuhanku,
Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.
Ya Rahman. Ya Rahim,
Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…

Friday, April 9, 2010

cinta itu,..


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya

Thursday, April 8, 2010

kehidupan


Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan.
Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.
Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

p.s : Rahasia terbesar dalam hidup: Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Wednesday, April 7, 2010

Cinta

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka



Tuesday, April 6, 2010

Hani

Hari ni aku hantar hani balik ....sempat juga kami melepak kat kedai mamak Pokok CeRi ,....ramai jugak student yang balik cuti StUdY WeeK ni...mulanya rasa cam nak balik jugak,..Tapi Boleh Ke study Kat Umah?..mesTi Kesian Tisyia,..Ibu Tak layan dia,..Masa dia Stay sini 2,3 hari dulu pun Dah MenGeluh Kat Nenek,..IBU TU TAK LAYAN KAKAK,..BORING KAKAK Nek,..KAKAK ASYIK TGK TV JEK,.. (Heheheh SorrY sAyang ,..MAsa Tu Ibu Sibuk nak Siap KAn ASSGMENT,..)


Untuk HAni....moga selamat sampai,..balik cepat2 sikit,..boleh study sama2,...Take Care Ok,....Bye Dik,...


 p.s: Tido sorang lah kak lin malam ni huuuuu



Monday, April 5, 2010

CuCuR

Yum ,..Yum,,..Hari nie rezeki kami pekena cucur udang yang paling besttt kat sintok nie,..sebenarnya kedai yang jual jujur nie dekat je denga kedai dobi yang selalu aku hantar baju....entah macam mana hari nie baru perasan kewujudan kedai ni ( ye lah selaunya tutp je)...Tq hani teman kan kak lin 2,3 hari nie,..nasib baik ada hani,..tak lah kak lin sunyi sangat,..selalu teman kak lin kemana-mana,..esok hani nak balik,..mesti sunyi balik kak lin,...mesti hati kak lin sedih,....Tq ye dik,..muaaahhhh TaYammmm hAnI,....


Tapi still tak boleh lawan cucur udang alor gajah,...


Nanti Boleh lah bawak sapa2 yang melawat UuM pekena cucur udang....

Friday, April 2, 2010

aLiCe,..


Hari nie,...kami spend masa bersama2 untuk tengok Alice iN WonDerland,...batrisyia bukan main SeROnOk sangat,...pada mulanya cam nak gi naik LRT jek,..saje nak bagi tisyia enjoy tapi bila hari macam cuaca tak mengizinkan, naik kete lah juga,....nasib baik alice still on lagi kat panggung tapi cam dah tak ramai org tgk cita nie mungkin kami dah terlambat,..rancangnya nak bawak tisyia minggu lepas lagi,..tapi tak berkesempatan,..so dapat lah jugak ibu tunaikan janji,...


KLCC macam biasa memang tak penah lenggang,...lepas habis movie,..bawak tisyia jalan2 kat taman KLCC,..puas jugaklah dia main buai kat situ,..otw nak gi makan,..tisyia tido,..so terpaksa lah ibu riba tisyia sambil makan,..BERAT  dah putri ibu nie,...lepas lah jugak hajat ibu makan nasi bubur kegemaran kat kg. baru,...letih sangat kami,...tapi ENJOY,..tisyia pun dah kurang nakal,..senang nak handle,....TQ Muaaahhh,....



TisyIa PaLIng SUka 2 Watak Nie,..tergelak2 tisyia,... =)



Daaaaa................ZZzzzZZzzz

Thursday, April 1, 2010

FrOsTiEs WoNDeRlAnD

Emm,...Cam MAna nak StaRt Cita Hari Nie,..?...emmmm,.sekali fikir....SedIh,..Dua Kali Fikir,..KeSiaN,..Tiga KAli FikiR ...rasa cam nak nagis,..ENTAH,..Macam2 perasaan,..KESIMPULANNYA,..Kami SAMa2 SedIh,..Dan Pagi tu MeMAng Pagi Yang sAnGAt Sayu,..

TAPIIIIIII,.....

Semuanya dah kembali CERIA,...TENANG ,..dan HAPPY,..malamnya kami Keluar Bawak Puteri yg sorang nie ke i-City,..yg besnya mama pun ikut sekali,...berlari2 tisyia,....macam budak yang tak penah terlepas dari rumah,..nasib baik tak hilang anak ibu sorang nie,...dari i-city terus hanta mama balik S.Alam......sepanjang pejalanan ke kami ke  k.L .tisyiaaaa..ZZzZZZzzZZZZ,.....letih sangat agaknya,...
dan sememang nya hri ini lebih tenang dan happy dapat spend masa dgn Yang TERSAYANG =)


Tisyia with NenEK




tISYiA + SnoW MaN


Di baWah RinBunan DaUn HiJau


FrOsTiEs WoNDeRlAnD