Thursday, April 15, 2010

Masa Yg MusTajAb UntUk BERDOA

Selamat Berjuang pada Adik2 SekaLIan,..Mari Kita Sama2 BerJuang Dan Berperang Dgn Exam,...Untuk Diri Sendiri Dan MerekA yang SeangKAtan... Kat Sini Kat SharE SikiT IlmU Yang SediKit baGai SEcuBit GAram Nie,..Untuk KegUNaan Kita BersamA2,..






Dimasa sekarang kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan dunia dan akhirat juga. Doa adalah senjata bagi seorang muslim. Dengan doalah juga hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih dekat sebagai seorang hamba yang bertakwa.

Semasa berdoa anda hendaklah menjaga adab-adab tertentu supaya doa anda akan lebih diberkati. Didalam anda berdoa ada tempat-tempat dan masa-masa tertentu yang mustajab untuk anda berdoa. Di antara masa-masa mustajabnya doa adalah:
• Ketika hendak memulakan solat dan setelah selesai menunaikan solat.
• Waktu di antara azan dan iqamah.
• Ketika sujud dalam solat.
• Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir
(waktu sahur).
• Ketika iktidal akhir dalam solat.
• Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
• Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua
dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit
fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
• Semasa bulan Ramadhan dan Lailatul-Qadar.
• Ketika hujan turun.
• Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
• Di waktu malam.
• Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
:) Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua. Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan doa kepada Allah agar kejayaan sentiasa menjadi milik kita di dunia dan akhirat. Ambillah peluang untuk berdoa di masa-masa yang mustajabnya doa ini. Salam kejayaan kepada sahabat-sahabat semua..Daaaaaa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.