Thursday, September 2, 2010

AWAK MENCARI SAYA ATAU SAYA YANG MENCARI AWAK

Takala hati ku benar2 resah dihamuk seribu satu masalah, malam ini hanya satu yang kupinta,…ketenangan dan kekuatan yang bertambah, sayangnya Ketenagan malam ku diganggu,…hati ku dihambat lagi hinaan demi hinaan CUKUP!! Terlalu parah dah hati nie,..lukanya sangat dalam,..mengapa ada manusia yang berpendidikan tetapi hatinya, jiwanya macam orang yang tidak berakal?....bagiku Cuma satu DIA BELUM MATANG…DIA TIDAK MENGENAL  ERTI KEDEWASAAN…Cukup!! Sudah cukup!! Tolonglah berikan sedikit rasional itu di jiwa mu,…tanamkan keikhlasan dan keredaan,…REDHA,,,hanya istilah itu yang membolehkan jiwa ku terus terusan menjadi tabah,..terkadang aku berfikir…SUDAH MATI KE JiWA NI?...SuDAH MATI KE RASA BAHAGIA ITU?...
Sms yang berbisa terus terusan ku terima,..dan antara yang menarik dan membuatkan aku terfikir,…antara isi kandungan yang masih terpahat kaku dibenak ku …AWAK FIKIR,..SAYA CARI AWAK ATAU AWAK YANG CARI SAYA?... ya Allah..lupakah kau pada kuasa tuhan?...lupa kah kau tentang kewujudan tuhan?..lupakah kau yang kita hanya merancang dan selebihnya di tentukan YANG DIATAS?....LUPAKAH KAU  SEMUA ITU?...


Kita berjumpa kerana kebetulan,..kenal kerana ketentuannya…aku tidak mencari mu,…dan kau jua tidak mencari ku,..cuba kau renung sejenak,..bagaimana kisah permulaan kita?...Cuma kau kenang sebentar,..berfikir sejenak bagaimana jalan kisah kita…jawapan nya HANYA KAU DAN AKU YANG TAHU….
Kenyataannya tiada istilah aku mencari kau mahupun kau mencari ku,…HAKIKATNYA KERANA YANG DIATAS KITA DITAKDIRKAN BERTEMU,…Sepanjang meredah kesejukan awal pagi aku benar2 mencari kembali siapa diriku?...apa nilai hidup ku,..dan jawapannya telah ku temui…mengapa ALLAH jadikan perempuan dari tulang rusuk lelaki?...mengapa letakknya ditengah2,…? Tidak di kaki mahupun tempat tertinggi di atas junjungan?...
Hanya satu yang membuatkan hari2 ku ceria dan berbunga kembali,…takala MENATAP WAJAH2 YANG KUSAYANGI DAN RINDUI,…kepenatan,.. dan keletihan ku berbayar,…terlerai segala kedukaan,..hilang segala sengsara…aku akui aku anak yang manja,..menangis tersedu2 dalam dakapan RATU HATIKU mama, satu2 nya cara membuatkan ku kembali tenang,…hati ku kembali berbunga,..aku tidak malu mengakui takkala jari jemari bertaut dgn RAJA HATIKU.., kekuatan itu ibarat menyerap masuk ke seluruh jasadku,..ayah,..Oh ayah,…lelaki yang tak punya apa2,…tapi punyai satu2nya perkara yang didambakan oleh setiap jiwa wanita,..AYAH PUNYA KASIH SAYANG YANG UTUH…syukur ku jika dikurniakan lelaki seperti ayah sebagai peneman seluruh hidup ku,..,..sabar melayan segala kerenah mama,..bebelan, leteran dan tindak tanduk mama,..sabar sungguh ayah melayan segala kerenah anak2,..sabar dengan kerenah anak2 yang seribu satu ragam,…ayah membesarkan kami dengan baja kasih sayangnya,…ayah siram subur hati kami dengan pengertiannya,.. ayah mengerti derita anaknya,…untuk raja dan ratu hatiku…terima kasih kerana mencorakan tingkah laku ku,…terima kasih kerana kasih sayang, dorongan, perhatian dan TERISTIMEWA CINTA SUCI MEREKA UNTUKKU,…HANYA ITU YANG PALING BEHARGA UNTUKKU,..menjadi TONGKAT YANG MENAMPUNG KECACATAN DERITA HIDUP KU,…
Setiap kali usai sujud ku,..antara perkara yang ku pohon,..YA ALLAH JANGAN LAH KAU MENGAMBIL MEREKA DARIKU…PINJAMKAN SEDIKIT MASA LAGI MEREKA UNTUKKU,..agar aku bisa memuaskan hatiku berbakti pada mereka…buktikan kasih sayang ku pada mereka,..sebagaimana telah mereka membuktikan kasih sayang mereka pada ku,…AMIN….


::SmiLe BaCk As BeFoRe::

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.