Thursday, March 25, 2010

SEdih + SEpi + SAkit

Sukar bila diri ini rasanya tidak difahami insan tersayang,...dicintai,..disayangi,..namun hati ku tetap kosong dan sedih,..Hilang semua kekuatan yang cuba aku pertahankan,..kekuatan yang ada hanya datang dari diri ku sendiri,..semakin hari semakin menghilang,..hilang bila insan tersayang sukar mentafsir apa yang ada dalam hati dan perasaan ku,..

Bertuah kan rasanya disayangi dan dicintai bila hati sentiasa sepi dan terluka?..apakah ertinya sebuah perhubungan jika diri terasa keseorangan? Bagi ku yang berada jauh dari keluarga,...jauh dari mama, ayah, dan adik,..jauh dari puteri ku....pastinya mengharapkan pengertian dari insan yang dikasihi...sukar kah mentafsir segala yang berlaku, dan bergolak dalam jiwa ku?..sukarkan untuk memahami diri ku?..perasaan ku?..kesedihan ku?..atau semua kesilapan ini hanya datang nya dari diriku yang sememangnya memiliki jiwa yang halus dan longgar kekuatan sendiri?..


Ya Allah,..andai ini antara ujian mu buatku hamba mu yang lemah,...dicintai dan rasa disayangi ramai insan,..tetapi hatiku tetap sepi dan kosong,....kau jauhkan lah semua ini,..kuatkan lah jiwa ku yang sememang nya lemah dan naif,..kau jauhkan kesedihan ku,...jauhkan semua yang merobek hati dan tangkai jiwaku,..sesungguhnya aku tidak mampu mengahadapi semua ini,...

Aku tidak mahu mencari kelabu itu.. tapi ianya menerjah menguis pandangan tanpa dengar telinga ku. Terus sahaja menerobos hati ku mengundang satu perasaan yang tak tergambar.. tapi yang pasti sakitnya ada... mampu mengguriskan.


Akhirnya sekali lagi luka itu disentuh semula..
mengapa perlu?

Aduhai... mainkan lagi perasaan ku...
Bukan hiba tapi amarah ku bisa kau cabar..

Kalbu ku hangus kau bakar..
Mengapa begitu harusnya?

Tak mampu kau fikir azab ini? Tak sedar kau hempap remuk sirat ini. Tanpa belas kau layangkan layang-layang lalu.. kau sendiri putuskan talinya.. dengan hirisan tajam hilai gembira.. Biar Yang Esa tentukan apa natijah laku mu itu. Yang baik dibalas baik, yang buruk terpantul kadarnya.. pasti tiba..









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.